Assalamualaikum
hello pembaca2 blog yg di kasihi.
hihihi
hari ni ada terbaca sesuatu yg sangat menarik perhatian.
:: so ::
i pon kongsilah dengan pembaca2 almuslimah.kunfayakun.blogspot ni.
ohh ya
tajuk entry kali ni adalah
"HUKUM MEMAKAI GELANG KAKI BERLOCENG"
Berdasarkan firman Allah di atas
ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di
dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak
kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini
juga dapat menimbulkan fitnah buatnya.
Perlu diketahui bagi sekelian wanita
yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia
akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat
orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan
dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan
mengeluarkan bunyi.
Begitu juga bagi wanita yang memakai
gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan
perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan
di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana
bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini
berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Tiada menyertai malaikat Rahmat
bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat
Tarmizi)
Penegasan ini juga termasuk loceng
yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan.
Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan
tersebut.
Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang
kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian
orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya.
Semuanya bergantung kepada niatnya,
kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan
yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka
memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka
pakai akan lebih menarik dan cantik.
Tidak menjadi masalah kalau
perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan
wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin
atau seumpamanya.
Mungkin disebabkan sukar kerana
gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak
nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa. – ustaznoramin
okey lah. berakhir lah entry untuk hri ni.
semoga kita semua dapat ilmu untuk this entry and of coz for next entry2
Xoxo
No comments:
Post a Comment