Tuesday, April 30, 2013

Niat ku untuk mengambil anak angkat

Assalamualaikum.

heyyoo semua pembaca almuslimah.kunfayakun.blogspot.com

lately I rasa macam nak ambil anak angkat la.
actually dulu I pernah cuba nak ambil di JKN tapi di tolak kerana syarat pemohonan haruslah lebih dari 5thn perkahwinan.
 
 

then memandangkan sekarang ni I banyak baca pasal kes buang anak,
so I rasa sangat2 sedih.
Ya Allah
 
kenapa lah org yang nak anak ni kebanyakan susah nak dapat. tp bila org yang ada anak ni suka hati je buang sana sini.

hhhmmmm...
sebenarnya I ni seorang yang sangat2 penyayang dengan baby. I don't know why??
but bila I pandang saja baby hati I sangat2 indah.

so...
I berharap sangat2 yang rakan2 semua dapat membantu I untuk mencari anak angkat.

I ni buka lah org kaya. dulu pon pernah ada org nak bagi anak,
BUT DIA MEMINTA SAYA 4-6K
Masya Allah
 I bukan nak beli anak.
  
tapi I percaya semua ni rezeki. mungkin bukan rezeki saya lagi untuk ada anak.
dan saya selalu berdoa yang agar di permudahkan segalanya.
 
okey lah semua.. 
 
Xoxo
 
 
 

Wednesday, April 24, 2013

Ilmu :: Hukum Memakai Gelang Kaki BerLoceng

Assalamualaikum

hello pembaca2 blog yg di kasihi.
hihihi

hari ni ada terbaca sesuatu yg sangat menarik perhatian.

:: so ::
i pon kongsilah dengan pembaca2 almuslimah.kunfayakun.blogspot ni.

ohh ya
tajuk entry kali ni adalah
"HUKUM MEMAKAI GELANG KAKI BERLOCENG"


Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya.
Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi.

Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)

Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.
Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya.

Semuanya bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik.

Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin atau seumpamanya.
Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa. – ustaznoramin


okey lah. berakhir lah entry untuk hri ni.
semoga kita semua dapat ilmu untuk this entry and of coz for next entry2 


Xoxo

Tuesday, April 23, 2013

iLmU

Assalamualaikum,
hello semua pengunjung2 almuslimah.kunfayakun.blogspot.com
" BIG SMILE "
 
 

~ hmmm ~
maaf lah ye sbb dah lama x singgah sni.
 
okey kembali ke entry kali ni yang bertajuk 


10 GOLONGAN ORANG YANG SOLATNYA TIDAK DI TERIMA OLEH ALLAH S.W.T 


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
 
antaranya :
 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.

10. Orang yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.


( Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan diri kamu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.” )


Renung-2 kan & sama-2 kita beramal

okey la sampai disini saja entry kali ni. 
In Sha Allah jika ada masa terluang aku akan update utk next entry.  

  :: Akhir kata ::

ASSALAMUALAIKUM 
JAZAKALLAHU KHAIR



Xoxo